TRAGEDI 13 MEI 1969

 


E-FOLIO

TAJUK : TRAGEDI 13 MEI 1969


PENSYARAH : PUAN NURUL AIN BINTI MUDREH


AHLI KUMPULAN 3 :

KAREN ROWENNA BINTI FABIAN (07DKA20F2021)
CASSANDRA RURAN CHRISTOPHER (07DKA20F2017)
ANDI MUHAMMAD FAIZ (07DKA20F2051)
MUHAMMAD DANIALSAMSUDIN (O7DKA20F2043)




PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH HIRRABBIL'ALAMIN, KAMI SANGAT BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA KAMI DAPAT MENYELESAIKAN E-FOLIO INI DENGAN JAYANYA. KAMI MENJULANG SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA PUAN NURUL AIN BINTI MUDREH YANG MERUPAKAN PENSYARAH BAGI KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU 21032), DI ATAS KESUDIAN BELIAU MENGAMANAHKAN TUGASAN INI KEPADA KAMI. BELIAU JUGA TELAH BANYAK MEMBANTU KAMI SEPANJANG PROSES PEMBENTUKAN E-FOLIO INI.

SELAIN ITU, TIDAK LUPA JUGA SEPENUH PENGHARGAAN KEPADA IBU-BAPA KAMI YANG TELAH MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK KAMI BERBINCANG DI ATAS TALIAN DENGAN LEBIH PRODUKTIF DAN EFISIEN. SOKONGAN DAN DORONGAN DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL YANG DIBERIKAN ADALAH TIDAK MAMPU DIBALAS DENGAN WANG RINGGIT. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA MEREKA SEMUA KERANA MEMBERI DORONGAN YANG TIDAK TERHINGGA SEPANJANG PENGHASILAN TUGASAN INI.

KAMI JUGA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN SEKELAS YANG TELAH BANYAK MEMBANTU KAMI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DIKALAKAMI BUNTU DALAM MEREALISASIKAN TUGASAN INI. SIKAP KERJASAMA YANG DITUNJUKKAN TELAH MEMBOLEHKAN KAMI UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN INI.

AKHIR KATA, PELBAGAI ILMU YANG DAPAT KAMI PELAJARI SEPANJANG PROSES PENGGUBAHAN TUGASAN INI. SIKAP KERJASAMA DAN DISIPLIN YANG DITUNJUKKAN SEMUA TERNYATA MEMBUAHKAN HASIL DENGAN KEJAYAAN KAMI MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERI DALAM TEMPOH MASA YANG TELAH DITETAPKAN. TANPA BANTUAN DARI SEMUA PIHAK, MUNGKIN ADALAH SUSAH UNTUK KAMI MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN SEMPURNA. SEKIAN SAHAJA DARIPADA KAMI, TERIMA KASIH.


OBJEKTIF

KAJIAN KAMI SECARA AMNYA IALAH UNTUK MENGENAL PASTI SUMBER-SUMBER SEJARAH YANG TULEN. INI AKAN DAPAT MEMBANTU KAMI DALAM MENYIAPKAN KAJIAN ILMIAH DENGAN TATACARA YANG BENAR, JELAS DAN TEPAT. KAJIAN INI JUGA DIJALANKAN AGAR KAMI DAPAT MENGUASAI KEMAHIRAN MENCARI, MENGUMPUL, MEREKOD DAN MENGANALISIS MAKLUMAT TENTANG TRAGEDI 13 MEI.

KAJIAN INI DAPAT MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN SAYA TENTANG TRAGEDI 13 MEI DAN KESAN-KESAN TRAGEDI INI KEPADA MASYARAKAT. INI JUGA MEMBERI KAMI PENDEDAHAN UNTUK MENGHARGAI APA YANG SEDANG KAMI NIKMATI SEKARANG. SELAIN ITU, KAJIAN INI JUGA MENGAJAR KAMI UNTUK TIDAK MENIMBULKAN APA-APA SENSITIVITI YANG BOLEH MEMECAH BELAHKAN BANGSA DAN AGAMA DI MALAYSIA. KAMI JUGA TELAH MEMAHAMI PUNCA DAN KESAN DARIPADA BERLAKUNYA TRAGEDI 13 MEI INI TERHADAP MASYARAKAT SELURUH MALAYSIA.

KAJIAN INI DIHARAP MENJADI TELADAN DAN IKTIBAR MALAH MENYEDARKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM BETAPA PENTINGNYA KESEFAHAMAN ANTARA KAUM. INI KERANA IA MELAMBANGKAN SETIAP KAUM DAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU UNTUK BERTOLERANSI DAN MENGHORMATI SESAMA SENDIRI. SELAIN ITU, KAJIAN INI AKAN MENGAJAR KITA BAHAWA KITA ADALAH PEMANGKIN PENYATUAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. KITA HARUSLAH BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA KESEJAHTERAAN YANG TELAH LAMA DIBINA.


PENGENALAN 


    PERISTIWA 13 MEI PADA TAHUN 1969 IALAH INSIDEN RUSUHAN KAUM YANG BERLAKU DAN MERUPAKAN KEMUNCAK MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA. TRAGEDI INI TELAH MERAGUT NYAWA SERTA HARTA BENDA ORANG RAMAI DAN MEMPUNYAI KAITAN RAPAT DENGAN PILIHAN RAYA UMUM 10 MEI 1969. TARIKH INI TELAH MENJADI TITIK HITAM DALAM SEJARAH MALAYSIA. LOKASI INSIDEN RUSUHAN KAUM INI BERLAKU DI KUALA LUMPUR. SEMASA KEMPEN PILIHAN RAYA TERSEBUT, CALON-CALON SERTA AHLI-AHLI POLITIK DARI PARTI PEMBANGKANG TELAH MEMBANGKITKAN SOAL-SOAL BANGSA MALAYSIA YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MELAYU, KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN HAK KERAKYATAN ORANG MELAYU. 

    HAL INI TELAH MEMBERI KESEMPATAN KEPADA AHLI-AHLI POLITIK MENGAMBIL FAEDAH DARIPADANYA DALAM PILIHAN RAYA. PADA MASA ITU, PARTI PERIKATAN YANG DIANGGOTAI OLEH UMNO, MCA, MIC GAGAL MEMPEROLEH MAJORITI2/3 DI PARLIMEN WALAUPUN MASIH MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN. HAL INI DISIFATKAN OLEH PARTI PEMBANGKANG SEBAGAI SATU KEMENANGAN YANG BESAR BAGI MEREKA.



PERMASALAHAN MASALAH

    PADA TAHUN 1969, SEBUAH KEMPEN PILIHAN RAYA YANG TERDIRI OLEH PARTI PEMBANGKANG TELAH MENYUARAKAN ISU TENTANG BAHASA MELAYU DAN HAK ISTIMEWA DAN HAK KERAKYATAN ORANG BUKAN MELAYU SERTA BUMIPUTERA. PIHAK PEMBANGKANG YANG MEMENANGI JUMLAH KERUSI YANG BANYAK TELAH MERAIKAN KEMENANGAN TERSEBUT DENGAN BERARAK PADA 11 MEI 1969 YANG PADA AWALNYA DENGAN NIAT BUKAN UNTUK MENCETUSKAN PERBALAHAN ANTARA KAUM. NAMUN, ADA SEGELINTIR PIHAK YANG MENGAMBIL KESEMPATAN YANG MENGAPI-APIKAN TENTANG ISU TERSEBUT. KESANNYA, 12 MEI 1969 KAUM CINA TELAH BERARAK DIKAWASAN ORANG MELAYU DENGAN TUJUAN UNTUK MENUNJUKKAN KETIDAKPUASAN HATI.


 SETELAH KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM PADA 10 MEI 1969 TELAH DIUMUMKAN, DR. TAN CHEE KHOON TELAH MEMINTA KEBENARAN PIHAK POLIS UNTUK BERARAK SEBAGAI TANDA KEMENANGAN PARTI BELIAU. OLEH HAL TERSEBUT, BERLAKU KESESAKAN JALAN RAYA DI SEKITAR KUALA LUMPUR. PERARAKAN YANG MENUJU KE KAMPUNG BARU YANG DIDIAMI 30 , 000 ORANG MELAYU, MEREKA MERASA TERCABAR. KAUM CINA YANG MEMPEROLEHI KEMENANGAN, MEREKA BERARAK DENGAN MENGIKAT PENYAPU PADA KENDERAAN TANDA UNTUK MERAIH KEMENANGAN BAGI MEREKA DENGAN MAKSUD MEREKA BERJAYA MENYAPU DENGAN MAKSUD MENYINGKIR ORANG-ORANG MELAYU DI KUALA LUMPUR. PERARAKAN TELAH DILAKUKAN SETELAH KEMATIAN SEORANG RAKYAT CINA TETAPI HAL TERSEBUT BERTUKAR MENJADI KEMENANGAN BAGI MEREKA DENGAN MENCACI MAKI KAUM MELAYU. BERIKUTAN INSIDEN TERSEBUT, YEOH TECH CHYE ,YANG MERUPAKAN PRESIDEN KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA MEMOHON MAAF ATAS INSIDEN TERSEBUT TETAPI SUDAH TERLAMBAT.

    ORANG MELAYU TIDAK DUDUK DIAM MALAH MENGADAKAN PERARAKAN BALAS PADA 13 MEI 1969 SEHINGGA TERCETUSNYA INSIDEN BERSEJARAH INI. LAPORAN RASMI DARI MAJLIS GERAKAN NEGARA MENCATATKAN PERBALAHAN INI TERCETUS APABILA BEBERAPA ORANG CINA YANG MENGHALANG ORANG MELAYU UNTUK MENYERTAI PERARAKAN UMNO DENGAN MEMBALING BOTOL KACA DAN BATU KE ARAH MEREKA DAN DIKETAHUI OLEH BEBERAPA PIHAK. LALU, ORANG MELAYU YANG MENGETAHUI HAL TERSEBUT MENYERANG ORANG CINA DENGAN SENJATA PARANG DAN KERIS BAHKAN MEREKA MEMBAKAR HARTA BENDA, KEDAI DAN KERETA DI SEKITAR KAWASAN BANDAR KUALA LUMPUR. ORANG CINA YANG DIJUMPAI AKAN DIBUNUH. 8 ORANG CINA TELAH DIBUNUH DALAM RUSUHAN PERTAMA MENURUT LAPORAN MAJALAH TIME.


    UNTUK MELERAIKAN INSIDEN TERSEBUT, TENTERA DARI ASKAR MELAYU TELAH DIMINTA UNTUK BERTUGAS DEMI MENGAWAL KESELAMATAN PENDUDUK. RUSUHAN DAPAT DIKAWAL SETELAH GAS PEMEDIH MATA DIGUNAKAN DAN KERAJAAN TELAH MENGUMUMKAN PERINTAH BERKURUNG 24 JAM DI TELEVISYEN DAN RADIO. PERINTAH TEMBAK TELAH DIKELUARKAN DAN ASKAR AKAN MELAKUKAN RONDAAN SEHINNGA PUKUL 10 MALAM. BANYAK KORBAN TEMBAK TIDAK TAHU MENGENAI PERINTAH TERSEBUT BAHKAN ADA YANG DITEMBAK KERANA BERKELIARAN DIKORIDOR RUMAH SENDIRI. KEESOKAN HARINYA , HOSPITAL KUALA LUMPUR TELAH MELAPORKAN 80 ORANG MENINGGAL DUNIA YANG MAJORITINYA KAUM CINA YANG BERLAKU PADA RUSUHAN YANG PERTAMA. KEBANYAKKAN MANGSA KORBAN MENINGGAL AKIBAT LUKA TETAKAN DAN TEMBUSAN PELURU.





KESAN TRAGEDI 13 MEI


1. POLITIK

    KESAN POLITIK PADA ZAMAN INGGERIS INI TELAH MEMBAWA SATU PERUBAHAN YANG DRASTIK DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DAN MASYARAKAT DI NEGARA INI. SELEPAS KEDATANGAN BRITISH, KUASA RAJA DAN SULTAN TELAH DIHADKAN DAN HANYA DIJADIKAN SEBAGAI LAMBANG KEPADA SESEBUAH NEGERI ATAU NEGARA. SETERUSNYA, PENJAJAH BRITISH JUGA TELAH MENERAPKAN SISTEM RESIDEN DI NEGERI-NEGERI MELAYU DAN SISTEM PENASIHAT DI NEGERI-NEGERI TIDAK BERSEKUTU. PENERAPAN SISTEM RESIDEN DAN SISTEM PENASIHAT TELAH MEMBERI KESAN KETARA DALAM SISTEM PENTADBIRAN DI NEGARA INI DIMANA KUASA PEMERINTAHAN RAJA-RAJA MELAYU DAN PEMBESARNYA TELAH DIHADKAN.
DALAM SISTEM PENTADBIRAN YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH, TUGAS-TUGAS PARA PEMBESAR TELAH DIAMBIL-ALIH OLEH RESIDEN DAN PENASIHAT YANG DILANTIK OLEH PENJAJAH BRITISH TERUTAMANYA DALAM MENASIHATI SULTAN DAN PUNGUTAN HASIL CUKAI DALAM NEGERI.

    DENGAN ADANYA PERBEZAAN SISTEM PEMERINTAHAN INI, PEMERINTAH PERCAYA BAHAWA SETIAP NEGERI TIDAK AKAN BERSATU-PADU UNTUK MENENTANG PENJAJAH BRITISH AKIBAT DARIPADA KETIADAAN PERSEFAHAMAN. INILAH SALAH SATU PUNCA TERCETUSNYA PERISTIWA HITAM PADA13 MEI 1969.


2.SOSIAL

    KEDATANGAN PENJAJAH INGGERIS DITANAH MELAYU TELAH MENYEBABKAN PERUBAHAN YANG SANGAT KETARA DALAM KEGIATAN EKONOMI. SISTEM EKONOMI TRADISIONAL YANG BERASASKAN SARA DIRI, PENANAMAN PADI, PENTERNAKAN HAIWAN DAN PERLADANGAN TIDAK LAGI DIGUNAPAKAI. NAMUN PENJAJAH BRITISH TELAH MEMPERKENALKAN SATU DASAR EKONOMI BARU YANG BERMATLAMATKAN KEUNTUNGAN SEMATA-MATA IAITU DASAR EKONOMI KOLONIALISME.

    DALAM DASAR EKONOMI KOLONIALISME, BRITISH TELAH MENGASINGKAN KAUM YANG ADA DITANAH MELAYU IAITU KAUM CINA, INDIA DAN MELAYU MENGIKUT PENEMPATAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASING-MASING. HAL INI MENYEBABKAN MEREKA MENGAMALKAN KEHIDUPAN SECARA BERPUAK-PUAK DAN TIDAK DAPAT BERINTERAKSI AKIBAT DARIPADA PENGASINGAN YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH BRITISH. SELAIN ITU, MEREKA JUGA TIDAK DAPAT MEMAHAMI ADAT-ISTIADAT SERTA AGAMA YANG DIANUTI OLEH SETIAP KAUM DAN IA MENGAKIBATKAN KESUKARAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM.



3. PENDIDIKAN

    SISTEM PENDIDIKAN YANG BERASINGAN PADA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH TELAH MEMBERI KESAN YANG BURUK DALAM PEMBENTUKAN PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI. HAL INI DEMIKIAN KERANA PENDIDIKAN YANG WUJUD PADA MASA ITU ADALAH MENGIKUT KAUM.

    PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN MENGIKUT KAUM MENYEBABKAN MEREKA MENGALAMI KESUKARAN UNTUK BERKOMUNIKASI AKIBAT DARIPADA KETIADAAN SATU BAHASA PENGANTAR YANG SERAGAM YANG BOLEH DIGUNAPAKAI OLEH SEMUA KAUM. SELAIN ITU, SISTEM PENDIDIKAN YANG BERASINGAN MENYEBABKAN TIADA KESERAGAMAN IDENTITI DAN KEFAHAMAN KERANA LAIN KAUM LAIN SILIBUS DAN KEFAHAMAN MEREKA. CONTOHNYA KAUM CINA MENGGUNAKAN SILIBUS YANG DIAM BIL DARI CHINA DAN MENGAMALKAN KEFAHAMAN KOMUNISME BEGITU JUGA DENGAN INDIA DAN MELAYU. HAL INI DAPAT MENYEBABKAN TERGUGATNYA PERPADUAN KAUM.

    OLEH SEBAB ITU, RAMAI YANG INGIN KEADILAN DARIPADA KERAJAAN UNTUK MENYAMARATAKAN SISTEM PENDIDIKAN NAMUN RAMAI YANG TIDAK MENYOKONG DENGAN IDEA TERSEBUT SEHINGGA TERCETUSNYA PERISTIWA GELAP 13 MEI 1969. KESAN DARIPADA PERTELINGAKAHAN TERSEBUT, ANAK-ANAK PADA MASA ITU KURANG BERNASIB BAIK UNTUK MENDAPATKAN PENDIDIKAN YANG BAIK .



KESIMPULAN

    PERISTIWA PAHIT 13 MEI 1969 DICATAT SEBAGAI SEJARAH PERTELINGKAHAN KAUM YANG SANGAT BESAR YANG PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA. RAKYAT MALAYSIA HARUSLAH MENGAMBIL IKTIBAR DENGAN MENJALANKAN PROGRAM YANG DAPAT MENINGKATKAN PERPADUAN DI MALAYSIA. ACARA ATAU PROGRAM INI DAPAT MEMBOLEHKAN RAKYAT MALAYSIA MENGINGATI PERISTIWA INI DENGAN HARAPAN MEREKA TIDAK AKAN MENGULANGI INSIDEN TERSEBUT LAGI.


    SELURUH WARGA MALAYSIA TANPA MENGIRA KAUM HARUS BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN MALAYSIA DENGAN SEMANGAT KESEPADUAN, KEHARMONIAN SERTA KERJASAMA DAN RASA MUHIBAH. PERISTIWA ITU DAPAT DIATASI DENGAN SEGALA KESULITAN SUPAYA MENCAPAI KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN YANG TIADA TANDINGNYA.

    DARIPADA PERISTIWA INI, AMATLAH PENTING BAGI SELURUH RAKYAT MALAYSIA UNTUK SEDAYA UPAYA HIDUP BERSAMA-SAMA DAN CUBA MEMAHAMI ANTARA SATU SAMAYANG LAIN DENGAN KESEFAHAMAN, AMALAN HORMAT-MENGHORMATI AGAR KEHARMONIAN DAN KEAMANAN NEGARA TERUS TERPELIHARA.


RUJUKAN 

INTERNET

1.Hamid, M. A. B. (2017, July 15). Peristiwa 13 Mei 1969. Hamid.http://peacezsemutapi86.blogspot.com/2017/07/peristiwa-13-mei-1969.htmlt

2.Wikipedia contributors. (2021, May 18). Peristiwa 13 Mei. Wikipedia Bahasa Melayu,ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei


















Comments